Penyelidikan Kami
Data pengetahuan tradisi ini adalah dikumpul melalui projek penyelidikan Orang Asli Negrito di bawah geran FRGS (FP116-2020). Pangkalan data ini merangkumi pengetahuan tradisional, budaya dan sosial unik yang diamalkan dan dipegang oleh Orang Asli Negrito yang terdiri daripada enam komuniti iaitu Bateq, Jahai, Kensiu, Kintak, Lanoh dan Mendriq. Pengetahuan tradisi ini didokumenkan daripada masyarakat Orang Asli Negrito dari kampung-kampung Orang Asli Negrito: Gua Musang, Kelantan, Baling, Kedah, Hulu Perak, Perak.
Negrito Malaysia
Peta
Negrito Malaysia
Komuniti
Bateq

Suku Bateq merupakan Orang Asli dari kumpulan Negrito terdapat di Kelantan, Pahang dan Terengganu. Jumlah mereka tidak ramai, sekitar 2190 orang sahaja (Data JAKOA 2023). Mereka tinggal dalam hutan hujan tropika terutama di kawasan berhampiran Taman Negara dan Banjaran Titiwangsa, Malaysia. Kebanyakan suku Bateq ini hidup di kawasan penempatan yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Pada asalnya mereka hidup secara nomad, dalam kumpulan kecil dan tinggal dalam pondok atau khemah kecil. Namun kini, corak hidup mereka telah berubah kerana kebanyakan dari mereka telah tinggal tetap di kawasan penempatan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Jahai

Orang Asli Jahai merupakan salah satu suku kaum daripada kumpulan Negrito yang terdapat di negeri Perak dan Kelantan, Malaysia. Mereka juga dikenali sebagai orang Semang dalam sesetengah kajian akademik. Suku Jahai merupakan antara suku kaum Negrito yang paling kecil berbanding dengan kumpulan Senor dan Melayu-Proto. Mereka menetap di negeri Perak, khususnya di kawasan Hulu Perak seperti di Banun, Sungai Tiang, dan sepanjang pesisir Empangan Temengor. Manakala di Kelantan, Orang Asli Jahai kebanyakannya ditemui di kawasan Sungai Rual, Jeli.

Kensiu

Kensiu merupakan salah satu daripada enam komuniti di bawah kumpulan Negrito. Suku Kensiu boleh ditemui di bahagian utara Malaysia, khususnya di Kampung Lubok Legong, Baling, Kedah. Sebahagian daripada komuniti Kensiu juga terdapat di selatan Thailand, iaitu di daerah Yala. Suku Kensiu di Kedah merupakan satu-satunya komuniti Kensiu yang masih wujud di Malaysia. Pada asalnya, masyarakat Kensiu menjalani kehidupan secara nomad seperti komuniti Negrito yang lain. Kini, mereka telah mempunyai penempatan tetap di Kampung Lubok Legong di bawah Projek Rancangan Penempatan Semula (RPS). Dari segi ciri fizikal, masyarakat Kensiu hampir serupa dengan suku kaum lain dalam kumpulan Negrito, dengan mempunyai mata yang bundar, hidung yang lebar, serta rambut yang kerinting.

Kintak

Orang Asli Kintak merupakan salah satu suku kaum dalam kumpulan Negrito. Mereka dahulunya mengamalkan cara hidup berpindah-randah untuk mencari sumber makanan (JAKOA, 2023). Namun, dengan kewujudan Rancangan Penempatan Semula (RPS), masyarakat Kintak kini mempunyai penempatan tetap di Kampung Bukit Asu, Hulu Perak. Berbanding dengan suku Orang Asli Jahai, populasi Orang Asli Kintak adalah kecil, dengan jumlah sekitar 203 orang sahaja (JAKOA, 2023). Dari segi ciri fizikal, Orang Asli Kintak dan Kensiu menunjukkan persamaan yang ketara, begitu juga dengan bahasa pertuturan mereka yang hampir serupa jika dibandingkan dengan suku Negrito lain.

Lanoh

Orang Asli Lanoh merupakan salah satu suku kaum dalam kumpulan Negrito. Mereka mendiami kawasan pedalaman di daerah Hulu Perak, khususnya di Kampung Air Bah, Lenggong. Sebelum wujudnya penempatan tetap, masyarakat Lanoh menjalani kehidupan secara nomad untuk mencari sumber makanan. Namun, setelah kerajaan memberikan perhatian kepada pembangunan masyarakat Orang Asli, mereka kini memiliki penempatan tetap atau kampung sendiri, setanding dengan masyarakat umum lain.

Mendriq

Di Gua Musang, terdapat sebuah perkampungan Orang Asli yang dikenali sebagai komuniti Mendriq. Suku Mendriq merupakan salah satu suku kaum dalam kumpulan Negrito. Seperti suku Negrito lain, masyarakat Mendriq dahulunya mengamalkan corak hidup secara nomad dengan berpindah-randah untuk mencari lokasi yang sesuai bagi bercucuk tanam atau mendapatkan sumber makanan. Namun, sejak pelaksanaan Projek Rancangan Penempatan Semula (RPS), mereka kini mempunyai penempatan tetap mereka sendiri.

Sumber Lain
No Penerbitan Tarikh Terbit Jenis
Penghargaan
Terima kasih kepada semua agensi dan individu yang telah menyumbang secara besar-besaran dalam penyelidikan ini. Kejayaan projek ini tidak akan mungkin berjaya tanpa bantuan dan sokongan yang berterusan dari pihak-pihak yang terlibat. Sumbangan anda bukan sahaja membantu dalam mendukung penemuan dan pengetahuan baru, tetapi juga memperkukuhkan kerjasama dalam komuniti penyelidikan. Jutaan terima kasih kepada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atas pembiayaan di bawah Skim Geran Penyelidikan Asas (FRGS) FRGS (FP116-2020).
Kumpulan Kami
Ahli Penyelidik

7

Komuniti

Meliputi suku kaum yang terbesar dari 7 buah negeri di Malaysia

525

Koleksi Penyelidikan

Koleksi penyelidikan yang terdiri dari gambar dari suku kaum Negrito

4

ARTIKEL PENYELIDIKAN

Penyelidikan kami telah menerbitkan artikel di jurnal dan prosiding antarabangsa

2051

PENGUNJUNG LAMAN

2051 Pengunjung laman sesawang sejak Januari 2024

Hubungi Kami

LOKASI
Fakulti Bahasa dan Linguistik,
Universiti Malaya.
ALAMAT EMEL
roshidah@um.edu.my